Melaka mohon peruntukan mengenai penyuraian trafik dan pendidikan yang dipohon sebelum ini dapat diluluskan menerusi Belanjawan 2023 oleh Kerajaan Persekutuan.<br /><br />Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata penyuraian trafik di beberapa laluan khususnya kawasan tumpuan ramai perlu diselesaikan segera kerana sebagai negeri pelancongan, Melaka menerima kedatangan pelancong yang tinggi.
